Thursday, 10 May 2012

Resepi Tiramisu~Gembirakanlah Hatiku

amacam enrti aku d atas?....hmm...itula makna di sebalik nama prkataan tiramisu......maksudnyer gembirakanlah hatiku.....tiramisu ni asal dari perkataan Itali.....tentu korang pernah tgk slot Akasia kat TV3 tajuk Tiramisu....kan....alah...yg pelakonnya Sharifah Amani dan Pierre Andre tu.....

Ptg semalam geledah2 gobok kat dapur tu nak bagi kemas sikit,pastu  ternampak pulak biskut Lady Finger's yang utk buat tiramisu tu. Jeng!Jeng! idea pun datang nak buat tiramisu pagi ni. Kebetulan bahan pun ada kat dalam fridge, apa lagi memang sesuailah untuk berperang didapur!..

Bahan-bahan:

1 bungkus Savoiardi @ Lady Fingers
250ml Whipped Cream 
250gm Philadelphia Cream Cheese
2 cawan gula (boleh kurangkan jika suka)
3 biji telur (kuning sahaja)
1 sudu mkn vanilla essence
2 sudu besar serbuk kopi nescafe
1 mangkuk sederhana air suam (bancuh nescafe)
serbuk koko untuk tabur atas adunan.

Cara-cara membuatnya:
Pukul whipped cream dgn mixer dalam bekas lain sehingga gebu dan likat.
Pukul kuning telur,gula caster,cream cheese, esen vanilla sehingga gebu. 
Campurkan kedua2 adunan dan kacau.
Bancuhkan nescafe bersama air suam.
Celupkan biskut Lady Finger's ke dalam bancuhan nescafe tadi, toskan dan susun teratur kedalam bekas. 
Tuangkan sedikit  bancuhan cream cheese + whipped cream tadi keatas susunan biskut dan taburkan serbuk koko menggunakan penapis. Taburkan rata, seterusnya ulangi langkah sehingga bancuhan habis.


Amacam? senang tak? pejam mata pun boleh buat apa.. hihihi..tinggal nak tak nak jer kan.. 


No comments:

Post a Comment